Program Bubur Lambuk Persatuan Penduduk Kelumpuk Teratai Setiawangsa (PPKTS) - 19 Ramadhan 1442 H , 1 Mei 2021-Sabtu

 

HOME



Program Masak Bubur Lambuk anjuran Biro Wanita PPKT pada hari Sabtu, 1/5/2021(Sabtu) bermula pukul 10:00 pagi. Team lelaki turun dalam jam 11.00 pagi.

Semua AJK PPKTS melapangkan masa bersama-sama menjayakan Program Memasak Bubur Lambuk

Kerja sepakat membawa berkat.

Agihan bubur lambuk dilakukan selepas waktu asar di kalangan ahli yang sempat di beri dan  yang berbuka puasa di rumah dan beberapa penghuni kejiranan termasuk 20 bungkus diserahkan kepada jemaah solat asar surau Nurul Iman.

Para AJK bersama-sama berbuka puasa di Taman Permainan Kelumpuk Teratai

Key lock bahan :

Dengan bantuan peralatan dari Kelumpuk Bunga Raya dan bimbingan dari Tuan Ahmad Bai,  6 kg beras bubur lambuk telah siap dengan jayanya dalam satu periuk besar . Dapat 110 bungkus. 

4 kg santan, sebungkus kecil garam, bahan lain = rencah bawang, daging kisar, kacang tanah, sayur campur, rempah sup, udang kering setengah kg minyak masak,

Masukkan rencah tumis beserta bahan-bahan hingga naik bau. Masukkan air 3/4 periuk hungga mendidih. Masukkan 6 kg beras sehingga mendidih. Masukkan santan dan kacau dalam setengah jam. Masukkan sayur campur hingga nasi pecah dan air susut sedikit. Masukkan daun sup dan bawang goreng.


 

 

 

 

 

 

 

 



 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 







\

HOME

No comments:

Post a Comment