PROGRAM GOTONG ROYONG PPKTS 27.3.2022 . 27 MAC 2022

 


HOME



PROGRAM GOTONG ROYONG PPKTS 27.3.2022  . 
27 MAC 2022 - 24 Syaaban 1443H


Program Gotong Royong  kali kedua Persatuan Penduduk Kelumpuk Teratai Setiawangsa  pada pagi Sabtu 27.3.2022 telah berjalan dengan lebih meriah dengan peningkaatan kehadiran ahli-ahli dan jiran, selepas kali pertama diadakan pada 11.12.2021. 

Program bermula pada 8.30 pagi. Selepas sarapan, ahli-ahli dan kejiranan memulakan gotong royong melibatkan kerja-kerja membersih sawang, memindah buang barang-barang paling tidak diperlukan, mencuci lantai termasuk membersihkan najis kucing di anjung dan tangga-tangga blok. 

Disamping itu rangka-rangka motor dialihkan ke sebelah pejabat Perbadanan Rumpun Dahlia Melati dan Teratai (PRDMT.) Titi laluan motor juga diperbaiki, disamping membersihkan longkang yang tersumbat. Motor-motor jiran yang terkena air cucian lantai dibersihkan semula oleh ahli-ahli gotong-royong yang berkenaan.

Insha Allah, segala kekurangan dan isu yang timbul akan ditambah baik pada kali akan datang.

Banyak lagi perancangan penambahbaikan blok Kelumpuk Teratai  yang boleh di lakukan pada masa akan datang.































































































































Assalamualaikum wbt.

Kpd semua ahli persatuan penduduk & semua penghuni kelumpuk Teratai yg terlibat pd program gotong royong Persatuan Penduduk Kelumpuk Teratai, Jln 16/56, Tmn Keramat Wangsa pagi td sy ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd kalian. Semoga kita semua akan terus berkerjasama seperti ini pd program2 di masa lain yg mungkin dilaksanakan oleh persatuan penduduk Kelumpuk Teratai.
InshaAllah.
Sekali lg sy ucapkan terima kasih kpd semua penghuni Kelumpuk Teratai.

JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Daripada

Azmi Bin Mustaffa.
(Pengerusi PPKT)
27.3.2022 
14.22 pm
======================


Tarikh:  16.3.2022


Semua Ahli 
Persatuan Penduduk Kelumpuk Teratai 
Penghuni Kelumpuk Teratai


Tuan/Puan,
PROGRAM GOTONG-ROYONG PERSATUAN PENDUDUK KELUMPUK TERATAI
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada Mesyuarat AJK Bil 1/2022 dan perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Kelumpuk Teratai akan mengadakan program gotong-royong seperti ketetapan berikut:

Tarikh/Hari :27.3.2022 (Ahad)
Masa :8.00 pagi 
Tempat 
berkumpul :Tapak Permainan Kelumpuk Teratai 

3. Sehubungan itu tuan/puan adalah dijemput datang beramai-ramai untuk mengambil bahagian di dalam program ini.

4. Aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

i. Membuang barang-barang tidak berguna di tangga dan di anjung setiap unit
ii. Membersihkan najis-najis kucing yang ada di anjung setiap unit
iii. Membuang bungkusan pakaian yang lama terletak di sekitar tangga dan di anjung setiap unit
iv. Menyapu / mop lantai sekitar tangga
v. Memindahkan rangka motor / motor yang telah rosak ke kawasan yang sesuai (Sekiranya sempat)
vi. Sarapan pagi dan makan tengahari  disediakan.

Kehadiran tuan/puan amatlah dihargai dan didahului  dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,




AZMI BIN MUSTAFFA
Pengerusi

------------------------------


Ahli2/ penghuni di pohonkan supaya dapat menyumbangkan sumber air,

bagi tujuan mencuci lantai tangga/anjung masing2 yang berkenaan (sekiranya diperlukan)


T kasih.


HOME






No comments:

Post a Comment