TUGAS JAWATANKUASA TERTINGGI PERSATUAN
Pengerusi/Presiden/YDP
Tanggungjawab:
1. Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan pentadbiran, perjalanan dan hal ehwal persatuan secara keseluruhannya.
2. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.
3. Menandatangani minit-minit mesyuarat, cabutan-cabutan dan salinan-salinan rekod bersama Setiausaha sekiranya perlu. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
4. Presiden mempunyai kuasa untuk melantik dan memberhentikan perkhidmatan Setiausaha, Penolong Setiausaha dan AJK.
5. Memanggil sendiri atau melalui Setiausaha mesyuarat-mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi serta mesyuarat yang lain apabila perlu.
6. Mengarah Juruaudit/Pemeriksa kira-kira supaya mengaudit akaun persatuan pada bila-bila masa yang diperlukan dan melaporkan keputusan audit kepada AJK Tertinggi bila perlu.
7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS)
8. Mewakili Persatuan terhadap segala MOU dengan Agensi-Agensi Kerajaan dan Swasta, jika perlu.
9. Membantu urusan-urusan yang berkaitan dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan).
==============================
Timbalan Pengerusi
Tanggungjawab:
1. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas, kewajipan dan tanggungjawab yang diberi.
2. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa.
4. Menjalankan sebarang tugasan yang telah diberikan oleh Majlis Tertinggi/ Mesyuarat kepadanya dari semasa ke semasa.
5. Membantu urusan-urusan yang berkaitan dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan).
==============================
Bendahari
Tanggungjawab:
1. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan. Menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh organisasi ini dan membuat pembayaran mengikut prosedur.
2. Mengeluarkan resit-resit, menyediakan baucar-baucar dan surat-surat berkaitan kewangan.
3. Menyimpan ke dalam akaun bank yang dibuka atas kelulusan Mesyuarat akan semua wang yang diterima oleh persatuan secepat mungkin selepas penerimaannya.
4. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan termasuk penyata kewangan. bertanggungjawab di atas kesahihannya.
5. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
6. Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
7. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan kewangan persatuan dan mesyuarat dari semasa ke semasa.
8. Menyelenggarakan dan menyimpan akaun-akaun persatuan dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan sempurna dan kemaskini supaya boleh diperiksa pada bila-bila masa.
9. Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan persatuan untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh Mesyuarat AJK sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
10. Membantu urusan-urusan yang berkaitan dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan).
==============================
Setiausaha
Tanggungjawab:
1. Setiausaha bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden. Atas arahan Presiden, beliau akan memanggil dan menghadiri semua Mesyuarat Agung Mesyuarat Majlis Tertinggi dan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan dan sekiranya perlu, menyampaikan segala dokumen-dokumen untuk pertimbangan mesyuarat-mesyuarat.
2. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan. Mencatat kehadiran ahli.
3. Menguruskan hal-hal surat menyurat
4. Menyimpan dengan betul, teratur dan kemaskini daftar ahli-ahli, buku-buku dan laporan lain yang dikehendaki oleh pengurusan/persatuan.
5. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
6. Menyimpan dan menjaga dengan selamat meterai MOU dan seumpamanya.
7. Menyediakan laporan aktiviti tahunan untuk dipertimbangkan oleh mesyuarat AJK sebelum dibentangkan kepada Mesyuarat Agung.
8. Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan harian sekretariat serta kakitangan-kakitangan yang bekerja di sekretariat tersebut (jika ada)
9. Memasukkan kemaskini data dalam sistem https://www.eroses.gov.my/ ROS dan urusan-urusan yang berkaitan dengannya.
==============================
Penolong Bendahari
Tanggungjawab:
1. Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
2. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh YDP/Pengerusi/Bendahari/Persatuan dari semasa ke semasa.
==============================
Penolong Setiausaha
Tanggungjawab:
1. Penolong Setiausaha akan menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan oleh/terhadap Setiausaha.
2. Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
3. Membantu Setiausaha menjalankan tugas. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi/Bendahari/Setiausaha.
No comments:
Post a Comment